Sabtu, Mac 19, 2011

Maneki Neko

Semalam 18 Mac 2011, bersamaan hari Jumaat, iaitu, penghulu segala hari, merupakan hari bertuah saya, saya kira. Hari-hari lain pun bertuah juga, tetapi semalam, seperti  juga hari-hari tertentu yang diizinkan-Nya, merupakan hari yang terlebih bertuah. Mengapa? Pertama, saya memenangi hadiah cabutan nombor bertuah. Hahaha! Suka...

Dalam hidup di dunia ini, apa-apa yang kita dapat secara percuma, dikira bertuahlah. Kita bertuah  kerana kita dihadiahkan satu-satunya unsur yang amat penting kepada kita dan kepada makhluk lain juga oleh Nya, iaitu udara yang kita hirup sehari-hari. Satu-satunya keperluan asas yang tidak boleh dijual dan dibeli. Kedua, saya menjumpai semula harta saya yang bernilai setelah hampir tiga bulan kehilangannya. Siapa sangka? Saya kecewa dan sedih juga ketika kehilangannya. Namun, kita ini seharusnya tidak lupa tentang hukum kejadian di dunia ini. Rezeki, ajal-maut, jodoh-pertemuan semuanya telah ditentukan. Atas pegangan ini, saya reda. Sebuah kehilangan hatta anugerah  itu sebenarnya satu ujian. Ujian daripada Nya untuk melihat sejauh mana ketabahan dan kesabaran kita, sejauh mana keikhlasan kita, sejauh mana kita ingat sejauh mana kita reda. Mungkin juga Dia mahu menganugerahkan sesuatu yang istimewa. Walau apapun yang melanda, terimalah dengan senyuman yang berbunga dalam dada. Tuhan, sesungguhnya aku berterima kasih kepadamu! 

8 comments:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah dan alhamdulillah... Apa maksud Maneki Neko?

ritahyahaya berkata...

Terima kasih Tanpa Nama. Terima kasih kerana bertanya. Anda nampaknya seorang yang suka mencari jawapan.

Maneki Neko ialah perkataan Jepun. Maneki = isyarat bertuah (lucky). Neko = kucing@kuchen (kalau disebut oleh pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah). Maksudnya, kucing yang memberikan isyarat bertuah kepada tuannya.

ardisia berkata...

Salam,
Alhamdulillah jumpa semula barang itu.Semoga anak buah saya akan jumpa juga keretanya semula, yang hilang petang semalam!

ritahyahaya berkata...

Sdr. Ardisia,

Semoga dengan kehendak-Nya kereta itu dijumpai semula. MAna tahu, Maneki Neko menggamit anak saudara anda itu pula. Boleh claim insurans...

NASSURY IBRAHIM berkata...

Tiada entri terkini ni

NASSURY IBRAHIM berkata...

Dulu saya suka pelihara kucing, memang banyak bawa tuah.

ritahyahaya berkata...

Sdr. Nassury,

Sekarang ni tak suka pelihara kucing lagi kah? Bela kucing murah rezeki kan? Wallahuwalam...

Farid aka BIG MOMMA berkata...

Ritah,
How are you.... nice blog and I missed you

Faridah