Khamis, Januari 13, 2011

Lihat dari MataTempurung atau Lihat dari Mata Burung?


Khabar angin atau khabar betul-betul yang bertiup kencang tentang penutupan laman web Facebook telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna Facebook di seluruh dunia. Menurut Avrat Humarthi, Wakil Presiden Teknik Facebook, laman web Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011 nanti. Mark Zuckerberg, pencipta Facebook memberikan alasan  bahawa dia sudah letih menguruskan laman web ini setelah berjaya menggilakan (Facebook mania) sebanyak 500 juta pengguna yang aktif di seluruh dunia. Wow! satu lagi penciptaan hebat daripada orang Yahudi selepas televisyen, Internet, dan lain-lain.
Tentang khabar angin dan Facebook ini, banyak yang saya dan rakan-rakan sepejabat perkatakan. Kesimpulan daripada perbincangan tersebut, rata-rata kami bersetuju bahawa Facebook sebenarnya mengajak penggunanya mencipta sisi yang kurang baik secara halus. Tanpa disedari, Facebook menjadi racun perosak yang menaburkan sifat mazmumah kepada penggunanya yang beragama Islam. Tanpa disedari, pengguna Facebook yang beragama Islam menjadikan Facebook sebagai wahana untuk menunjuk-nunjuk, riak, takbur, sombong, menunjukkan keakuan, bertelagah, mengumpat, memfitnah, dan sebagainya, walaupun pada mulanya berniat baik, iaitu untuk menjadi lebih akrab dengan keluarga, saudara mara, sahabat handai, di samping mencari rakan baharu.  
Khabar angin atau khabar betul-betul ini tidak membuat saya kisah kerana saya tidak mempunyai Facebook pun. Saya hanya menumpang membaca cerita di Facebook melalui akaun orang lain. Bagi saya, Facebook atau Buku Wajah/Muka ini  hanya akan menelanjangkan diri – wajah diri kita yang sebenarnya, rahsia kita, jika kita terlupa membuat benchmarking. Saya tidak kisah jika dilabelkan “ketinggalan” kerana tidak mempunyai Facebook. Bagi saya, tanpa Facebookpun, manusia tetap perlu bersosial secara tradisional setiap hari, setiap masa.

Apabila memperkatakan kecanggihan teknologi, saya teringat akan peringatan ulama Islam silam  tentang pengaruh dan kesan teknologi terhadap umat Islam kepada yang merujuk televisyen sebagai syaitan bermata satu yang ada di dalam rumah. Melepasi era  televisyen, syaitan bermata satu yang muncul adalah komputer. Mmm... teringat pula kiriman artikel oleh seorang sahabat tentang al-Quran vs telefon bimbit. Cuba fikirkan:

Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?
What if we carried it around wherever we went?
What if we flipped through it several time a day?
What if we turned back to go get it if we forgot it?
What if we used it to receive messages from the text?
What if we treated it like we couldn't live without it?
What if we gave it to Kids as gifts?
What if we used it when we travelled?
What if we used it in case of emergency?
This is something to make you go....hmm...where is my Quran?
Oh, and one more thing.
Unlike our cell  phone, we don't have to worry about our Quran being
Disconnected because Allah already paid the  bill.
Makes you stop and think 'where are my priorities? And no dropped calls! 

*  Dayang Nurfaizah, artis popular Malaysia  khabarnya tidak menggunakan telefon bimbit selama lima tahun. Sementara, Angelina Jolie tidak suka/pandai menggunakan IT dan gizmos yang berkaitan dengannya.







9 comments:

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan apa yang saudara ceritakan di sini. Menarik tajuk entri saudara. Kalau lihat dari mata tempurung, imej yang nampak kecil dan dalam lingkungan yang terhad. Tapi, kalau lihat dari mata burung, imej yang nampak meluas apabila dilihat dari sudut dan pandangan yang tinggi.

bno.sabakbernam berkata...

salam akak.
tumpang baca. seronok baca tulisan akak ni. kami dh link. tlg link juga blog kami. tk.

bno.sabakbernam berkata...

salam puan. minta kebenaran link. tlg link kami juga.
# nursyazalina (denanz ayh saya)

ritahyahaya berkata...

Tanpa Nama,

Saya pun setuju...

ritahyahaya berkata...

bno.sabakbernam,

Salam perkenalan. Terima kasih. Sekadar catatan rasa. Terima kasih kerana link. Saya pun akan link blog sdr.

Noraini Abd. Shukor berkata...

3 F yang merosakkan umat Islam:

Fun
Food
Fashion

Tambah satu lagi F - Facebook. Ini semua angkara Yahudi yang ingin menghancurkan umat Islam.

Sudah lama saya tidak melawat blog ini.

ritahyahaya berkata...

Sdr. Noraini,

Hebat lah sdr! Saya setuju. 3 F saja? Rasa2nya banyak lagi FFFFF...

Reading For The Global Generation berkata...

Dah lama sepi. Sesekali muncul memang "kaw" punya idea.

Saya sokong 100%, FB memang banyak membawa kerosakan daripada kebaikan, terutamanya bagi para editor yang memerlukan konsentrasi dan komitmen yang tinggi terhadap tugas/ tanggungjawab yang diberikan.
Kalau nak tahu editor mana yang kuat main FB, lihatlah hasil kerjanya.

ritahyahaya berkata...

Sdr. Reading for The Global Generation,

Betul cakap sdr. tu...