31 Ogos 1957 - Merdeka tanah airku!!! Apakah erti kemerdekaan? Merdeka ialah euforia yang dinikmati apabila bebas daripada belenggu penjajahan sama ada fizikal ataupun mental, jasmani ataupun rohani. Bebas minda dan jiwa. Penjajahan secara fitrahnya dikaitkan dengan adikuasa yang menjarah, mengamalkan kolonialisme dan imperialisme. Oleh hal demikian, kita sering diingatkan agar sentiasa bersatu padu, teguh berdiri agar tidak terpengaruh dan terperangkap oleh anasir negatif dan agenda musuh agama, bangsa dan negara.
Jika diajukan soalan, “Siapakah musuh kita?” Jawapannya boleh bersifat objektif dan boleh juga bersifat subjektif. Namun, jika soalan itu ditanyakan kepada saya, jawapan saya ialah musuh yang perlu ditakuti dan diawasi setiap detik ialah musuh dalam diri dan musuh yang paling dekat dengan diri. Selamat Hari Kebangsaan yang ke-53!
2 comments:
Pada saya, musuh kita ialah kita sendiri;
1. Takut mempertahankan kedaulatan
2. Takut ditangkap polis kerana mempertahankan maruah
3. Lantik pemimpin rasuah, tidak cinta tanah air dan bangsa
4. Memperkenalkan larangan dan sekatan walaupun demi kebenaran
5. Ah! malas nak fikir. Biar pi lah.
Sdr. Nassury,
Betul lah, musuh kita ialah kita = musuh dalam diri - orang Melayu-Islam hari ini semakin jahil, nafsu beraja.
Catat Ulasan