Robot dalam Diri (2)

Berderai ketawa saya apabila rakan saya memberitahu bahawa pada suatu malam anak lelakinya yang berusia tujuh tahun tiba-tiba berkata mahu jadi robot. Dia menegur anaknya itu, “Hish, jangan jadi robotlah! Buat apa nak jadi robot?” Ceritanya itu segera megingatkan saya akan entri saya sebelum ini,
Melihat ke Dalam Diri yang memuatkan sajak “Robot dalam Diri”. Dia juga ketawa besar kerana teringat akan sajak saya itu yang dibacanya lewat blog saya. Terus saya bertanya mengapa anaknya mahu jadi robot? Menurutnya, sebab anaknya mahu jadi robot kerana robot ada kuasa. Mata robot ada kuasa. Guna mata yang berkuasa itu sahaja sudah boleh membunuh manusia. Tangan robot juga ada kuasa yang mengalir yang boleh menembak.. Begitulah jujurnya seorang anak kecil, lugu dan naif. Jawapannya itu sebenarnya sarat dengan makna jika direnungkan dalam-dalam. Lalu, ibunya yang bijaksana menggunakan pendekatan psikologi. Kata si ibu, “Buat apa nak jadi robot? Robot tak sembahyang, tak puasa ... Jadi manusia kan lebih baik, manusia sembahyang, puasa ...” Tanya si anak, “Haiwan tu sembahyang ke?” Dalam si ibu terkial-kial mencari jawapan, anak perempuannya menghulurkan talian hayat. Kata si kakak kepada adiknya, “Haiwan tak sembahyang, tapi berzikir. Cuba tengok gajah yang kita pernah lawat di zoo, kepalanya sekejap tergeleng ke kanan dan sekejap ke kiri. Dia sedang berzikir lah tu.” Namun, si adik berkata, “Nak jadi robot juga!” Si kakak pun menambah, “Tapi, robot tak ada ilmu.”
Moral di sebalik cerita ini:
1. Cerita ini sangat comel.
2.Anak-anak rakan saya ini genius (seperti ibu mereka juga).
3. Pada hari ini, banyak manusia yang sudah berubah menjadi robot.
4. Haiwan dan makhluk lain pun berzikir, tahu merendah diri meningati Allah
5. Manusia lebih baik daripada robot dan makhluk lain. (sudah tentulah), kerana manusia adalah khalifah di
muka bumi ini. Sebagai khalifah di muka bumi ini, manusia akan dipandu oleh iman, ilmu dan amal. Kerana
dengan iman, ilmu dan amallah yang akan membezakan seseorang itu, sama ada bertaraf manusia ataupun
insan.
3 comments:
haha... cerita yang menarik dan cutenye ...
Sdr Ritah: Saya suka membaca kisah ini.
Sdr. Marsli N.O
Terima kasih. Saya suka dengar cerita ini. Kelakar.
Catat Ulasan