Jumaat, Mei 07, 2010

La’ Tahzan!

Ingatan kepada Diri

Dalam satu tazkirah yang saya ikuti baru-baru ini, ustazah yang memberikan ceramah menyatakan bahawa kita seharusnya berterima kasih pada keburukan. Jika sekali fikir, manakan mungkin kita berterima kasih pada keburukan? Namun, setelah ustazah memberikan dalil, maka benarlah kenyataan itu. Ustazah memberikan satu contoh yang mudah, jika seseorang itu mempunyai anak yang agak nakal berbanding dengan anak yang lain, sedikit sebanyak anak ini akan menyebabkan fikiran dan perasaan kedua ibu bapanya kusut. Dan, apabila kedua-dua ibu bapa ini kusut, mereka tentunya akan mengadu dan memohon doa kepada Allah SWT agar anak ini berubah menjadi baik. Dalam hal ini, anak yang nakal inilah yang sebenarnya, mendekatkan ibu dan bapanya ke arah kebaikan, mencari diri dan mencari yang Khalik.  Oleh itu, berterima kasihlah pada keburukan kerana Allah SWT memberikan sesuatu keburukan kepada kita sebagai ujian untuk mempersiapkan kita ke arah kebaikan.

Dalam tazkirah yang lain,  ustazah yang lain pula mengupas topik yang cukup menarik- LaTahzan! (Jangan bersedih!). Sudah menjadi adat hidup, apabila ada kebenaran, tentu ada kebatilan; apabila ada kejahatan, tentu ada kebaikan. Ustazah mengingatkan bahawa sama ada baik ataupun buruk, semuanya adalah ujian daripada Allah SWT kepada manusia. Lalu, apakah ujian Allah SWT kepada manusia? Antaranya termasuklah harta benda, anak-pinak, ketakutan, kelaparan, dan hilang jiwa (buta dan jahil). Jiwa yang hilang lahir daripada jiwa yang jahat. Jiwa yang jahat, tidak akan pernah berpuas hati. Justeru, ustazah mengingatkan (umat Islam) agar sentiasa mencari dan mencintai kebaikan serta kebenaran. Beliau menasihatkan agar  jangan takut pada kebenaran. Dan untuk membuat kebaikan jangan rasa hina, jangan rasa sedih. Dalam kita berusaha membuat kebaikan, jika ada orang yang mengkritik, mengutuk dan menghentam, anggaplah semuanya itu sebagai satu penghormatan yang paling besar. LaTahzan!

9 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya benar belaka janji Allah.

mohamadkholid berkata...

lega hati saya membaca entri ini.

ritahyahaya berkata...

Sdr. Mohamadkholid,

Alhamdulillah jika sdr. rasa begitu. Mudah-mudahan rasa yang sama sampai kepada yang lain juga.

Tanpa Nama berkata...

Saudari,

Entri yang seronok dibaca. Boleh menjadi terapi jiwa. Terima kasih.

ritahyahaya berkata...

Sdr. Tanpa Nama 1,

Janji Allah tiada yang mungkir

ritahyahaya berkata...

Sdr. Tanpa Nama 2,

Terima kasih kerana sdr. terhibur. Sambil berhibur kita mengingatkan diri.

rni berkata...

Salam rita,
Tajuk La Tahzan jangan bersedih kupasan catatan minda dari rita amat menarik dan dapat meningkatkan motivasi diri. Teruskan berblog.....jangan jemuuu....

rni berkata...

Salam Ritah,
n3 yang meningkatkan motivasi diri bila dalam kekalutan. teruskan berbloggg ya!!!!

ritahyahaya berkata...

Sdr. RNI,

Ribuan terima kasih atas perhatian dan sokongan. Insya-Allah, saya akan rajinkan diri untuk mengemaskini entri. Harap sdr. tak jemu mengikutinya.