Belalang Oh Belalang …Opah mantan bidan kerajaan. Tuk juga mantan kakitangan hospital kerajaan. Opah dan tuk bertemu jodoh di hospital. Biasanya, Tuk akan menunggu opah tiba dengan sampan dari seberang. Pada waktu itu hanya sampan menjadi pengangkutan utama dari kampung opah ke seberang, iaitu ke pekan. Tuk akan menuntun basikalnya menemani opah, berjalan bersama-sama ke hospital.
Opah mewarisi ilmu kebidanan daripada emaknya. Saya, adik-beradik dan sepupu-sepupu dilahirkan di rumah opah. Opah yang bidankan kami mengikut cara dan petua tradisional yang diwarisinya. Cerita mak kepada kami, dia berasa tenang dan kurang berasa sakit apabila opah membidankannya. Kelahiran kami pula senang.
Saya percaya, opah banyak ilmu. Kerjaya opah yang mencabar pada waktu itu, menuntut opah cakna (mengambil peduli) ilmu dunia selain ilmu akhirat. Apatah lagi, opah sering berdepan dengan pelbagai ragam manusia yang bukan sahaja menguji kelebihannya, malah keimanannya.
Seperti yang dikisahkan, apabila malam, rumah opah-tuk bukan sahaja dikunjungi oleh rakan-rakan mereka yang datang menumpang menonton televisyen, tetapi makhluk Allah yang lain juga. Haiwan dan serangga selain manusia sering bertamu ke rumah opah-tuk. Selain cicak, tetamu opah yang sering tersesat ialah lipan, riang-riang, mentadak-mentadu, dan belalang hijau. Namun, yang sering menjadi tetamu opah hampir saban malam ialah belalang hijau.
Belalang hijau atau opah sebut “belalang pelesit” akan berbunyi nyaring di luar sebelum masuk ke dalam rumah. Kata opah, belalang pelesit itu merupakan belalang jadi-jadian atau “suruhan” yang diarahkan oleh tuannya untuk menguji dan mengganggu. Oleh sebab itu, opah berpesan kepada kami supaya jangan asyik dengan belalang hijau yang masuk ke dalam rumah. Sebaliknya, cepat-cepat memanggil dia. Akur dengan pesanan itu, setiap kali ternampak belalang hijau di dalam rumah, kami akan menjerit-jerit cemas memanggil opah. "Opah, belalang pelesit!!!".
*Bersambung …
Opah yang tajam mata. Bukan semua belalang hijau belalang pelesit.
18 ulasan:
kalau tak salah, kat kg aku, belalang ni dipangggil "belalang hantu".
Denanz,
Ya ka? Kami panggil pelesit, sebab keseraman dia tahap dewa.
kata orang, kalau nak tahu belalang pelesit ni 'suruhan' atau tak senang saja, tangkap, cabut kepalanya.
Kalau ada rambut manusia itu suruhan, kalau tak ada, belalang biasa..
Tapi saya tak pernah buat,tak sampai hati.
Baik tangkap, terus beri makan ayam..haha
en dzulkarnain,
sebut pasal "tak sampai hati", emmang skrg ni bnyk benda dah tak sampai hati nak buat. dulu: saya tangkap ikan puyu (yg sedang besarnya) dan cangkuk dgn mata kail utk dijadikan umpan memancing. bayangkan mata kail yg tajam menembusi badan ikan itu. oh ... tidak! sungguh kasihan. zaman budak2 mmg tak fikir apa2. tau seronok saja.
Sdr. dzulkarnain,
Itu kalau pelesit tu betina. Kalau jantan, macam mana? Haa ... kena lah tunggu Alam Terbentang Jadikan Guru 5.
Denanz,
Hang sebut jenayah hang kat spesies ikan puyu, teringat aku kat 4 ekor ikan puyu dalam akuarium aku. Kalau tengok betio-betoi, kepala botak dan mata terbeliak. Tak bayak ragam dan manja ...
macam di Venice kan kak, naik sampan. :-) hehe.
Danielle,
Naik sampan kat Venice tu glamor.
rumah kami dulu-dulu guna jam loceng pulas-pulas. bila sampai subuh dia bunyi kringgggg!!! suatu hari saya beli jam guna bateri sebab esok nak sahur pertama ramadan. pagi tu bunyi jam saya tu bunyi tenet!tenet!tenet! arwah ayah dan mak terkejut! mereka bangun dan arwah ayah ambil penyapu lidi. mereka ingat pelesit! maklumlah tengah tidur bunyi macam tu. kami ketawa sekeluarga masa tu. saya selalu senyum bila teringat pasal tu!
Belalang kalau digoreng atau direbus apa rasanya?
Sdr. Rahimin,
Hahaha... Saya pun ketawa juga.
Sdr. Rahimin,
Hahaha... Saya pun ketawa juga.
Sdr. Azli,
Kena buat baru tahu. Sedap kot...
azli & rita,
saya pernah makan belalang yg digoreng/bakar. dulu2 masa lepas tuai padi, banyak belalang berterbangan pasai takdak lagi tempat berlindung/menumpang. belalang tu kami panggil belalang susu. warnanya hijau kekuningan macam pokok padi jugak (satu cara penyamaran?. satu lagi namanya belalang goh. belalang ni lebih besar drp belalang susu. kalau belalang susu saiznya lebih kurang jari kelingking rita. belalang goh besarnya macam ibu jari azli. haha.
moral of the story: memang sedap rasa belalang tu, lebih2 lg kalau dibakar. rasanya lemak dan baunya harum menyelerakan. fuuuhhh ... meleleh ayaq liox aku woooo ...
Denanz,
Patut la hang kahaq semacam. Ropanya makan belalang. nasib baik tak jadi hijau macam incredible hulk. Huhuhu ...
:-)
Pn Ritah, tak sabar nak tunggu Alam Terbentang Jadikan Guru 5.Tiap kali masuk blog saya misti ke sini. Kot-kot dah ada cerita pelesit..haha
Teringat cerita lama ttg belalang kunyit jika dimakan sodap, betulkah?
salam.
Catat Ulasan